ads

Isnin, 30 April 2012

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Wawa gugat Lisa Surihani?

Posted: 30 Apr 2012 07:26 PM PDT

Wawa Zainal
Wawa Zainal

MEMANG sudah tuah badan. Berbanding artis seusianya, laluan pelakon yang meningkat naik, Wawa Zainal ternyata cukup mudah untuk mencari tapak di persada hiburan tanah air.

Meniti usia 20 tahun dengan pembabitannya lebih setahun dalam bidang seni, pelakon kelahiran Lahad Datu, Sabah yang juga pemilik nama sebenar, Nur Hawa Zainal Abidin dan bernaung di bawah payung pengurusan MIG ini sudah mendapat kepercayaan daripada ramai pengarah untuk beraksi sebagai teraju utama dalam filem.

  • Foto

  • Foto

  • Foto

Lebih membanggakan, Wawa juga beraksi sebagai teraju utama dengan aktor popular Shaheizy Sam dalam filem Kisah Paling Gangster dan Aeril Zafrel dalam filem 99 Kali Rindu. Manakala dalam filem Pada Suatu Cinta Dahulu dia memegang watak pembantu yang tidak kurang pentingnya.

Antara filem lakonannya sebelum ini ialah Seram Sejuk, Sumpahan Kum Kum, 3 Temujanji, Budak Pailang, Aji Noh Motor dan Hantu Dalam Botol Kicap.


Secara peribadi, Wawa yang mula diperkenalkan menerusi drama Klik dan dikenali ramai menerusi watak Bunga dalam drama bersiri Ana Lu'Lu mengakui, dia berlakon bersandarkan minat yang cukup mendalam dalam bidang lakonan, sejak di bangku sekolah lagi.


"Mungkin orang tidak tahu, saya banyak menyertai pelbagai pertandingan sketsa dan pementasan peringkat sekolah dan Daerah Lahad Datu pada zaman persekolahan dulu. Menyedari minat saya itu, guru dan kawan-kawan sekolah juga memberi galakan pada saya untuk mencuba nasib dalam bidang lakonan.

"Justeru, selepas adik saya terbaca mengenai uji bakat anjuran MIG di Internet, saya terus memberanikan diri menghantar resume dan menghadiri uji bakat dengan ditemani abang di Kuala Lumpur. Ketika itu, saya menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia. Syukur, rezeki juga berpihak pada saya untuk menjadi artis MIG bermula Ogos 2010," katanya.

Anak kelapan daripada sebelas adik-beradik yang dilahirkan tanggal 12 Februari 1992 ini turut berlakon dalam drama bersiri iaitu Impian Raya Emelyn, Cintaku 120km/j, Cinta Buat Emelda dan Bunga-Bunga Syurga yang ditayangkan di TV3. Terbaru, dia sibuk di lokasi penggambaran drama arahan Azmi Hatta berjudul Cahaya Iman.

Pelakon jelita yang mengagumi Erra Fazira, Que Haidar, Nurkhiriah dan Wan Maimunah berkata, keluarga adalah pembakar semangatnya untuk terus mengukuhkan nama dalam bidang lakonan.

"Saya berlakon dengan restu dari keluarga. Justeru, walaupun berjauhan dan hidup berdikari di Kuala Lumpur, saya pastikan sentiasa pandai menjaga diri di tempat orang dan tidak hanyut dalam dunia glamor kerana sedar usia yang masih muda remaja.

"Saya juga sentiasa berhubung dengan keluarga, dan setiap kali dapat cuti, saya akan pulang ke Sabah untuk bertemu keluarga.

Selain itu, saya sentiasa ditemani dan pergerakan juga diawasi pihak pengurusan MIG bila keluar rumah atau ke pusat membeli belah," katanya.

Wawa ditemui di majlis pelantikannya sebagai wajah baru Lipice di Jalan Telawi, Bangsar, di sini, baru-baru ini. Hadir sama, Pengurus Besar Lipice, Lim Mei Yuen.

Bagaimanapun, pelakon jelita yang pernah digosipkan dengan Sam ini juga tidak dapat mengelak bila didekati golongan VIP yang ingin mengenalinya dengan lebih dekat lagi di luar sana.

"Saya tidak menafikan memang ada golongan VIP yang menghubungi dan mengajak untuk keluar minum tapi saya menolaknya secara baik.

"Saya juga menganggap mereka sekadar peminat saja dan ia adalah perkara biasa dalam dunia artis yang tidak dapat lari daripada diminati golongan VIP.

"Buat masa ini, fokus saya adalah untuk mengukuhkan nama dalam bidang lakonan kerana banyak filem lakonan yang belum dinilai peminat lagi," katanya.


Wawa tak terlintas rampas tawaran

SEMUANYA bagaikan mimpi kerana dia sendiri tidak menyangka peluang keemasan itu datang dalam hidupnya. Lebih-lebih lagi, ia julung kalinya dia dilantik sebagai jurucakap produk terkenal.

Tanpa disangka, Wawa dilantik sebagai wajah baru Lipice menggantikan tempat aktres terkenal Lisa Surihani yang menjadi jurucakapnya selama dua tahun.

Ditanya perasaannya mengambil alih tempat Lisa, Wawa menganggap pelantikannya sebagai wajah baru Lipice itu bagaikan mimpi yang menjadi nyata.

"Saya tidak pernah anggap diri yang masih 'hijau' dapat ambil alih tempat Lisa kerana masih mencari tapak dalam bidang seni tempatan. Peluang keemasan yang datang dalam hidup saya ini memang rezeki yang tidak diduga.

"Sebagai orang baru, saya sangat menghormati dan mengagumi bakat Lisa. Saya percaya dia tidak akan berasa tercabar dengan pelantikan saya sebagai wajah baru Lipice kerana namanya sudah kukuh dalam bidang seni.

"Pada pandangan saya, siapalah artis yang boleh gantikan tempat pelakon hebat seperti Lisa yang mendapat gelaran 'Malaysian Darling' kerana saya sendiri tidak pernah terfikir pun untuk ambil alih gelaran itu," katanya.

Berkongsi lanjut mengenai produk Lipice, kata Wawa, memang menggunakan produk itu, sejak di sekolah menengah.

"Kini, selepas bergelar artis, saya memakai pelembap dan lip gloss untuk menyerlahkan kecantikannya setiap majlis. Antara produk Lipice yang menjadi kegemaran saya sekarang ialah Lipice Sheer Color dan Lipice Fruity (perisa Strawberi)," katanya.

Azlan (The Typewriter) Mahu Jadi Eksklusif Seperti Anuar Zain

Posted: 30 Apr 2012 07:26 PM PDT

Azlan (The Typewriter)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Azlan (The Typewriter) berkata dia memendam hasrat untuk menjadi penghibur berprofil tinggi seperti Anuar Zain.

Azlan atau nama sebenarnya Nor Azlan Rosle, 30, berkata sikap dan cara pengurusan kerjaya nyanyian Anuar Zain yang profesional menjadi panduan kepadanya untuk mengikut jejak penyanyi kacak itu.

"Saya mahu menjadi penyanyi seperti Anuar Zain. Dia seorang ikon yang lengkap dan profesional. Saya kagumi cara dia meletakkan dirinya di dalam industri.

"Dia bukan sombong atau berlagak tetapi bijak memelihara nilai eksklusifnya. Namun, perjalanan saya masih jauh untuk ke arah itu dan banyak aspek yang perlu saya pertingkatkan," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Katanya, selepas hampir lima tahun bergelar penyanyi profesional sudah tiba masanya dia mengubah haluan dan gaya muziknya agar dapat diterima oleh khalayak peminat yang lebih luas.

Anuar Zain

"Selepas meninggalkan kumpulan Meet Uncle Hussain kira-kira tiga tahun lalu, saya cuba memperkenalkan stail muzik yang berbeza bersama kumpulan The Typewriter tetapi ketika saya akui agak hilang arah dan masih tercari-cari genre yang paling sesuai.

"Kini selepas melakukan kajian dan pemerhatian, saya sedar bahawa muzik dan vokal perlu seiring, sebagaimana dilakukan Anuar Zain. Sebab itu dia berjaya dan dihormati," katanya.

Menyentuh perkembangan kerjaya, bapa kepada bayi perempuan Laura Lutfea ini berkata dia bakal mengeluarkan lagu single berjudul Bukan Ugutan ciptaan sepenuh olehnya dalam masa terdekat.

"Selain lagu Idola yang bakal dijadikan runut bunyi untuk filem Hoore! Hoore!, saya bakal keluarkan beberapa buah lagu lagi termasuk Bukan Ugutan pada tahun ini.

"Lagu-lagu untuk album baru Azlan & The Typewriter ini nanti akan lebih mesra pendengar dan tidak terlalu keras berbanding sebelum ini," katanya.

Makyung di Universiti Malaya pada 25, 26 Mei

Posted: 30 Apr 2012 07:25 PM PDT

BARISAN pelakon pementasan Mak Yung Raja Muda.
BARISAN pelakon pementasan Mak Yung Raja Muda.
JIKA pementasan makyung yang pernah dipersembahkan dalam mana-mana pementasan sebelum ini pastinya menggunakan pakaian yang bergemerlapan dan indah, namun pementasan teater melalui projek Kampung Artistik Universiti Malaya pada 25 dan 26 Mei ini tidak begitu menonjolkan aspek pakaian dengan alasan tersendiri.

Ketua Jabatan Drama, Mohd Effindi Samsuddin, berkata pemilihan pakaian yang akan digunakan dalam pementasan itu nanti adalah secara sederhana dan ringkas.
Katanya, jika sebelum ini kebanyakan pementasan makyung mementingkan busana mewah sehinggakan dayang istana turut memakai songket, tidak bagi pementasan Mak Yung Raja Muda ini.
"Antara sebabnya kami mahu terus mengekalkan konsep kampung tradisi dengan pengisian elemen yang menggambarkan budaya tradisi masyarakat Kelantan.

"Jadi, pementasan ini lebih sesuai digambarkan sebagai pementasan rakyat supaya ia lebih dekat di hati penonton nanti. Sebelum ini, kita juga sudah mempersembahkan teater Randai pada April tahun lalu yang juga menggunakan konsep yang sama, iaitu kampung.

Sambutan yang diterima cukup menggalakkan daripada pelajar UM, aktivis serta masyarakat luar," katanya ketika ditemui pada sesi sidang media dan pratonton makyung, baru-baru ini.

Katanya, matlamat produksi pementasan ini adalah untuk mempamerkan karya dan ilham baru kepada masyarakat sambil mengetengahkan bahan kreatif yang diambil dari unsur dalam kehidupan biasa di kampung sebagai medium persembahan artistik.
"Peruntukan kewangan amat terhad, jadi kita harus bergerak secara kreatif untuk menjayakan teater ini.

"Oleh itu, pelajar turut didedahkan dengan ilmu menghasilkan peralatan yang akan digunakan sebagai props pementasan dan dibawa ke hutan mencari bahan asli yang mahu digunakan seperti kayu. Pada masa sama, ia memupuk nilai kreatif dalam diri pelajar," katanya.

Pengarah teater, Mohd Asrul Faizal Kamaruzaman berkata, latihan teater itu sudah dijalankan hampir sembilan minggu yang lalu membabitkan pelajar Jabatan Drama UM.

"Bukan mudah menghasilkan pementasan ini dan mengajar pelajar terutama dalam latihan berdialog dalam bahasa Kelantan dan menyanyi lagu makyung. Ia mengambil masa dan kesabaran yang tinggi sebagai pendidik. Namun, ia satu usaha memartabatkan seni yang cukup berbaloi apabila melihat pelajar boleh bertutur bahasa klasik, menyanyi dan berlakon di atas pentas dengan penuh yakin," katanya.

Pementasan yang akan berlangsung di Dewan Tunku Canselor, UM itu diadakan percuma. Istimewanya sembilan lagu seperti Mengadap Rebab dan Sedayung Makyung akan diperdengarkan ketika pementasan nanti.

Tiada niat tipu pendengar

Posted: 30 Apr 2012 07:24 PM PDT

Yusry Abu Samah
Yusry Abu Samah
PELBAGAI pertandingan atau peraduan yang ditawarkan oleh stesen radio memang cukup menarik, lebih-lebih lagi dengan hadiah wang tunai yang agak menggiurkan.

Ini semua dilakukan untuk meraih jumlah pendengar seramai yang boleh. Matlamat setiap radio ini memang tidak salah. Cuma format pertandingan yang agak kabur dan mengelirukan menyebabkan berlaku salah faham pendengar sehingga mereka berasa tertipu.
Inilah yang berlaku ke atas peraduan Ketawa & Ceria anjuran radio Suria FM apabila ada pihak yang tidak berpuas hati dan mendakwa peraduan itu mengelirukan sehingga dilihat seolah-olah cuba menipu pendengar.
Nilai wang yang kami letakkan memang berjumlah RM250,000. Namun pemenang utama hanya mampu mendapatkan wang tunai RM22,400. Sebagai hadiah tambahan, kami menambah RM10,000 lagi menjadi RM32,400. Tidak ada sebab untuk menipu pendengar kami. Mungkin apa yang berlaku hanyalah disebabkan salah faham serta keliru dengan syarat yang diberikan. - Yusri Abu Samah, Ketua Operasi Suria FM
Menurut aduan yang dikirimkan menerusi ruangan Surat Pembaca itu, seorang pengirim yang mahu dikenali sebagai Pendengar Prihatin ini mendakwa stesen radio itu mengelirukan pendengar dengan prosedur peraduan itu.

Antara lain katanya, program yang berlangsung selama sebulan bermula 13 Mac itu tidak menawarkan hadiah seperti yang mereka dihebahkan sebelum ini apabila pemenang pertandingan akhir peraduan itu memenangi wang tunai berjumlah RM32,400, bukan RM250,000.

Pendengar Prihatin itu juga turut mempertikaikan stesen radio ini yang hanya menawarkan wang sagu hati RM100 kepada finalis sekali gus menganggap ia tidak berbaloi dengan tenaga dan wang ringgit yang dilaburkan peserta berkenaan semata-mata untuk menyertai pertandingan peringkat akhir yang berlangsung di Kuala Lumpur itu.

Ketua Operasi Suria FM, Yusri Abu Samah ketika ditemui Hip di pejabatnya di Petaling Jaya, menegaskan stesen radio itu tidak pernah sama sekali cuba menipu pendengarnya.
"Dalam terma dan syarat yang kami nyatakan, pemenang peraduan Ketawa & Ceria akan ditawarkan hadiah berjumlah sehingga RM250,000. untuk pertandingan akhir, yang mana pemenang diuji dari segi kemahiran iaitu ketangkasannya untuk mendapatkan seberapa banyak wang yang boleh diambilnya dalam tempoh masa ditetapkan.

"Dalam balang itu, nilai wang yang kami letakkan memang berjumlah RM250,000. Namun pemenang utama hanya mampu mendapatkan wang tunai RM22,400. Sebagai hadiah tambahan, kami menambah RM10,000 lagi menjadi RM32,400. Tidak ada sebab untuk menipu pendengar kami. Mungkin apa yang berlaku hanyalah disebabkan salah faham serta keliru dengan syarat yang diberikan," jelasnya.

Sambil menyifatkan adalah perkara biasa jika ada yang tidak puas hati dalam mana-mana peraduan, Yusri bagaimanapun kecewa apabila ada pihak menganggap Suria FM begitu terdesak untuk mendapatkan jolokan nombor satu sehingga sanggup melakukan taktik kotor sebegitu.

"Untuk apa kami bertindak sedemikian? Peraduan yang kami jalankan ini memang telus. Kalau kami menipu, masakan ramai peserta akhir meminta kami mengadakan semula peraduan ini pada masa akan datang.

"Sebagai stesen radio yang mengutamakan kehendak pendengar, kami sedaya upaya memberikan yang terbaik kepada mereka.

"Disebabkan itulah kami memberikan wang sagu hati kepada finalis. Pada awalnya, kami memang tidak ada perancangan untuk memberikan hadiah kepada finalis lain kecuali pemenang utama kerana itu memang tiada dalam syarat awal. Tapi kami bermurah hati untuk memberikan wang berjumlah RM100 seorang atas dasar komitmen yang mereka berikan," terangnya.

Meskipun sedikit ralat dengan dakwaan yang dilemparkan itu, Suria FM memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati atas apa yang berlaku.

"Insya-Allah pada masa akan datang, kami akan cuba memperbaiki mana-mana yang kurang demi untuk memuaskan hati pendengar stesen radio ini," katanya.

Zizan diarah berehat

Posted: 30 Apr 2012 07:23 PM PDT

pix_gal0
Doktor sahkan Pengacara TV Lelaki Popular ABPBH2011 keletihan melampau

PENGACARA TV Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011), Razizan Razak di masukkan ke wad sejak Ahad lalu di sebuah pusat perubatan di ibu negara kerana mengalami radang otot atau acute myositis yang menyebabkan tubuhnya lemah.
Ketika itu, Razizan atau Zizan sedang bersiap sedia untuk bertolak ke Ipoh bagi menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengacara Melodi yang disiarkan secara langsung sempena Karnival Jom Heboh.
Di atas nasihat doktor, aktiviti seninya akan dihentikan buat masa ini dan bergantung kepada tahap kecergasan Zizan. - Marina Juki, Pengurus Zizan
Bagaimanapun, melihat kepada keadaannya yang kurang bermaya, Zizan dibawa menjalani ujian darah sebanyak dua kali dan doktor mengesahkan pengacara dan pelakon ini mengalami radang otot.

Susulan itu, dia diberikan protein, vitamin dan antibiotik bagi memulihkan tenaganya.

Pengurusnya, Marina Juki berkata, doktor yang merawat Zizan juga turut menasihat artis komedi ini berehat sementara waktu dari sebarang aktiviti seni sekurang-kurangnya selama dua minggu bagi memastikan keadaan tenaganya benar-benar pulih.

Menurutnya, sebelum dimasukkan ke hospital lagi, Zizan berada dalam keadaan kurang sihat seperti batuk berpanjangan dan sakit-sakit badan.
"Dia memang tak duduk diam. Mungkin sebab itulah dia keletihan. Malahan pada Sabtu lalu (26 April), Zizan sempat memenuhi permintaan sebuah syarikat permotoran untuk melakukan acara promosi.

"Zizan dan Aaron Aziz adalah duta produk M7 milik syarikat itu. Pada hari itu, Zizan masih mampu memandu kereta drift. Bukan untuk sebarang penggambaran pun, tapi sekadar suka-suka.

"Hanya selepas itu, apabila kami hendak bersiap sedia bertolak ke Ipoh, Zizan mengadu sakit dada dan sakit belakang. Batuknya sejak lebih seminggu lalu tak juga sembuh. Ini membuatkan kami membuat keputusan untuk membawanya ke hospital," katanya kepada Hip.

Tambah Marina lagi, doktor mengakui antara faktor Zizan mengalami keradangan otot kerana masa rehat yang tidak mencukupi.

"Di atas nasihat doktor, aktiviti seninya akan dihentikan buat masa ini dan bergantung kepada tahap kecergasan Zizan sendiri. Dia juga amat berterima kasih kepada penyokong dan sahabat yang mendoakan kesihatannya menerusi laman sosial seperti facebook mahupun Twitter selepas mendapat khabar berita berkenaan tahap kesihatannya yang lemah.

"Zizan sendiri tidak menyangka akan ditahan wad selama beberapa hari dan akan kembali aktif setelah sihat sepenuhnya selepas ini. Bagaimanapun, keadaannya sekarang semakin baik. Raut wajahnya juga nampak lebih segar dan lebih bermaya," katanya.

Katanya lagi, Zizan yang sebelum ini sibuk menjalani penggambaran filem Tokan akan berehat selama beberapa hari sebelum menghabiskan baki penggambaran kira-kira 10 hari lagi manakala keputusan sama ada mahu membabitkan diri dalam program terbitan Astro, Superspontan hanya akan diketahui setelah menerima laporan kesihatan daripada pihak hospital yang dijangkakan dikeluarkan esok.

"Kalau boleh kami memang kami hendak memohon cuti daripada Astro supaya memberi peluang kepada Zizan untuk berehat secukupnya. Ini berdasarkan nasihat doktor yang mahu Zizan berehat terlebih dahulu sekurang-kurangnya seminggu.

"Bagaimanapun, itu terpulanglah kepada pihak pengurusan Astro untuk menentukannya," katanya.

Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani ketika dihubungi mengenai kedudukan pelawak itu dalam Superspontan memberitahu, segala keputusan sama ada Zizan akan meneruskan program itu atau tidak hanya dapat diketahui selepas menerima laporan kesihatan daripada doktor, esok.

"Apapun, kita tunggu keputusan kesihatan daripada doktor beberapa hari lagi dan pihak Astro masih menunggu laporan kesihatan penuh yang mengesahkan samada Zizan sudah stabil atau tidak.

"Kami juga sudah menjenguk Zizan dan setakat ini dia semakin pulih. Sebenarnya, Zizan perlukan rehat yang mencukupi dan dia sangat penat dengan tugasannya," katanya.

Nizam, berkata pihak Astro juga akan berbincang terus dengan Zizan berkenaan kedudukannya dalam Superspontan itu kerana apa yang paling penting dan diutamakan pihaknya adalah kesihatan Zizan.

"Kita akan bincang dengan Zizan sendiri dan setakat ini kita tidak boleh memberi sebarang jawapan dan perbincangan itu nanti akan turut membabitkan Afdlin Shauki. Keutamaan pihak kita adalah Zizan," katanya.

Ning Baizura Amalkan Pemakanan Sunnah Nabi

Posted: 30 Apr 2012 07:22 PM PDT

Ning Baizura

PETALING JAYA: Penyanyi Ning Baizura menitikberatkan cara penjagaan kesihatannya dengan mencontohi amalan pemakanan yang sihat seperti Rasulullah S.A.W.

Ning berkata dia sering mengamalkan tujuh jenis buah seperti kurma, zaitun, kismis, delima, barli, anggur dan tembikai kerana percaya, pemakanan mengikut sunnah Nabi adalah yang terbaik.

"Sebagai seorang penyanyi yang sentiasa sibuk saya perlu menjaga kesihatan sebaik mungkin agar tidak mudah berpenyakit.

"Dan salah satu caranya ialah saya mengamalkan pemakanan mengikut sunnah Nabi dan ternyata banyak khasiat yang saya perolehi," katanya.

Tambah Ning, ia juga amat sesuai diamalkan terutamanya bagi ibu bapa yang ingin memperoleh zuriat.

Dalam pada itu Ning juga mengikut petua ibunya, Stella, dengan memakan pelbagai jenis sayuran dan mengurangkan makanan berasaskan daging.

"Ibu saya seorang vegetarian dan saya sukar mengamalkan pemakanan sebegitu. Tetapi saya elak makanan berdaging merah selain mengutamakan makanan berprotein dan soya," ujarnya.

Mengenai perkembangan terbarunya, Ning bakal muncul dengan sebuah single terbaru berjudul Sejati di mana ia akan menjadi lagu runut bunyi filem Lagenda Budak Setan 3.

"Lagu berbentuk balada itu pastinya akan memikat para peminat malah saya baru sahaja menjalani klip video lagu itu di Pulau Perhentian. Gelap kulit saya dibuatnya.

"Bukan itu sahaja, saya juga akan muncul dengan produk minyak wangi yang dikeluarkan di bawah jenama saya sendiri," katanya.

Sementara itu, bersempena dengan Hari Ibu, Ning juga bakal mengadakan persembahan "Ratu Hatiku Mother's Day High-Tea exclusive With Ning Baizura and Band" di Hotel Royale Bintang Damansara pada 20 Mei ini, pukul 3 hingga 7 petang.

Majlis yang anjuran Xerographix Studio itu akan menyediakan sebanyak 50 buah meja di mana para ibu dapat menikmati hidangan istimewa di samping mengabadikan detik indah bersama Ning.

Tiket berharga RM180, RM280, RM500 dan VIP Platinum boleh didapati menerusi laman web www.tickethotline.com.my.

Pelakon ‘Upin & Ipin’ Tertekan Jalani 23 Hari Pementasan

Posted: 30 Apr 2012 07:21 PM PDT

Faris Azim (kiri) dan Amir Johan sebagai Upin & Ipin.

KUALA LUMPUR: Dua pelakon cilik Faris Azim Abd. Karim (Faris) dan Amir Johan Nadim (Amir) yang menggalas watak kembar Upin dan Ipin dalam Upin & Ipin The Musical mengakui berasa tekanan dan kepenatan bagi memenuhi komitmen 23 hari pementasan itu.

Faris, 13, yang memainkan watak Upin berkata latihan dan pementasan yang silih berganti pada setiap hari meletihkan dirinya, namun dia tidak menolak kegembiraan dan pengalaman berharga yang dimiliki sepanjang pementasan berkenaan.

"Saya seronok dapat memainkan watak utama sebagai Upin. Walaupun teater ini menyediakan dua set pelakon untuk watak Upin dan Ipin, di mana kami akan bergilir-gilir untuk mengadakan persembahan, ia masih memenatkan.

"Kami mengadakan persembahan pada setiap hari, jika pada hujung minggu kami perlu membuat dua pementasan iaitu siang dan malam.

"Ia sangat meletihkan kerana kami sudah terlibat sejak kira-kira lima bulan bermula dengan sesi latihan lagi," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Salah sebuah babak Upin & Ipin The Musical.

Pemegang watak Ipin iaitu Amir, 11, pula berkata latihan intensif dan panjang sejak lima bulan lalu bukan sahaja memenatkan mereka, malah dia turut berasa tertekan dengan keadaan tersebut.

"Setiap latihan dan persembahan akan berlanjutan ke lewat malam dan pada keesokan harinya saya perlu bersekolah macam biasa.

"Saya pernah berasa tertekan dan mahu lari sahaja sebab terlalu penat kerana tidak sempat untuk siapkan kerja rumah. Tetapi saya sangat seronok dengan pengalaman ini," katanya.

Muzikal arahan Zaifri Husin itu mencatat rekod sebagai pementasan paling lama dipentaskan dalam sejarah Istana Budaya iaitu sebanyak 30 persembahan sepanjang 23 hari.

Diterbitkan Les' Copaque Production Sdn Bhd dengan kerjasama CTRA Production, muzikal itu dipentaskan bermula 14 April lalu hingga 7 Mei ini.

KPJ Healthcare Berhad bertindak sebagai penaja utama.

Angelina & Brad Pitt Kahwin 11 Ogos

Posted: 30 Apr 2012 07:20 PM PDT

SELEPAS diberitakan bertunang pada awal April lalu, khabar bahagia daripada pasangan Brad Pitt dan Angelina Jolie sekali lagi muncul alabila mereka dikatakan bakal berkahwin pada 11 Ogos ini.

Menurut laporan Digital Spy, tarikh perkahwinan itu bukannya dipilih sekadar suka-suka tetapi ia merupakan ulang tahun perkahwinan ke 50 tahun buat kedua-dua orang tua Brad iaitu Bill dan Jane.

Difahamkan majlis perkahwinan yang akan diadakan di kediaman pasangan tersebut di perancis itu bakal disambut dengan meriah dengan jumlah seramai 300 orang tetamu undangan dan antara selebriti yang akan hadir ialah George Clooney, Matt Damon, Johnny Depp dan Tom Cruise.

"Majlis besar-besaran diadakan kerana pasangan itu mahu anak-anak mereka melihat kebahagiaan ibu bapanya.

"Lebih menarik lagi apabila ulang tahun perkahwinan ibu bapa Brad turut disambut," kata sumber kepada Daily Star.

Tambah sumber itu lagi, keluarga Angelina terlalu menyayangi keluarga Brad lebih-lebih lagi ketika aktres itu kehilangan ibunya akibat kanser ovari pada lima tahun lalu.

KPKK Mahu Merakyatkan Muzik 'Jazz'

Posted: 30 Apr 2012 07:19 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) akan merakyatkan muzik Jazz di negara ini sebagai satu usaha untuk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata genre muzik Jazz dilihat mampu menyatupadukan masyarakat majmuk di negara ini kerana ia mempunyai ramai peminat yang terdiri daripada pelbagai kaum.

"Oleh kerana muzik Jazz ramai peminat, kita harus cuba untuk merakyatkannya selaras dengan matlamat kementerian iaitu mahu merakyatkan seni dan budaya," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program sambutan Unesco: Hari Jazz Antarabangsa di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di sini, Isnin.

Katanya bagi memastikan hasrat untuk merakyatkan muzik Jazz dalam kalangan rakyat dapat dicapai, Bahagian Muzik KPKK telah diminta menyediakan satu kertas kerja untuk dipertimbangkan.

Terdahulu dalam ucapannya Kamaruddin mencadangkan supaya Festival Muzik Jazz Kuala Lumpur diadakan sebagai satu langkah untuk merakyatkan irama muzik itu dan pada masa sama menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke Malaysia.

"Sebagai contoh, Pesta Jazz Borneo yang dianjurkan sejak tujuh tahun lalu di Sarawak merupakan acara yang ditunggu-tunggu oleh ramai peminat Jazz di seluruh dunia," katanya.

Katanya acara tersebut yang akan berlangsung pada 12 dan 15 Mei depan mampu menjana pendapatan sampingan terkumpul sebanyak RM15 juta kepada penduduk Sarawak khususnya di Miri.

Dalam pada itu Kamaruddin berkata tanggapan bahawa pembangunan muzik Jazz di negara masih di peringkat awal adalah tidak tepat kerana ia sebenarnya telah lama wujud.

Beliau berkata ia dapat dilihat dalam filem-filem tempatan sekitar tahun 50-an seperti dalam filem Labu Labi di mana Allahyarham Saloma menyanyikan lagu Jazz 'Jelingan Manja'.

Hari Jazz Antarabangsa yang disambut buat kali pertama tahun ini adalah selaras dengan saranan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai peranan muzik Jazz dalam menyebarkan nilai-nilai sejagat.

Robin Gibb (Bee Gees) Bakal Keluar Hospital Minggu Ini

Posted: 30 Apr 2012 07:18 PM PDT

Robin Gibb

LONDON: Penyanyi Robin Gibb (Bee Gees) dijangka akan keluar daripada hospital dalam minggu ini susulan respons positif yang ditunjukkan terhadap penyakit kanser yang dihidapinya.

Penyanyi berusia 62 tahun itu mengejutkan para doktor apabila dia bangkit melawan penyakit tersebut selepas sembilan hari koma.

Difahamkan, Gibb kini sudah boleh duduk dan berbual-bual dengan ahli keluarganya.

Susulan perkembangan positif, para doktor memberitahu isterinya Dwina, penyanyi itu akan dibenarkan pulang ke rumah mereka di Thame, Oxon, di sini, dalam masa terdekat.

Penyanyi yang bertarung dengan kanser hati dan usus itu kini beransur pulih daripada masalah pneumonia dan usus berpintal, keadaan sama yang pernah dideritai saudara kembarnya Maurice sehingga meninggal dunia pada 2003.

Dwina Gibb

"Robin masih lemah tapi dia beransur pulih hari demi hari. Proses pemulihannya adalah satu magis. Beberapa minggu lalu, Dwina dan keluarganya bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan terburuk, kini mereka berharap dia akan pulang ke rumah.

"Mereka tidak akan terburu-buru tetapi ada kemungkinan dia akan dibenarkan pulang pada hujung minggu ini dan persiapan untuk dia menerima rawatan susulan di rumah sedang diuruskan.

"Para doktor akan membuat keputusan dengan teliti sebelum membenarkan dia pulang. Dwina akan memastikan perubatan yang terbaik untuknya. Robin menyedari dia berada di ambang maut tetapi bersungguh-sungguh untuk pulang ke rumah," kata seorang teman keluarga itu seperti dipetik Mirror.

Dwina berkata: "Para doktor ada bertanya kepada Robin sama ada dia mahu pasukan perubatan melakukan sebaik mungkin untuk merawatnya atau dia mahu berserah kepada takdir. Dia membalas, 'Tiada masa untuk mengalah.'

Sengaja serah tengkuk

Posted: 30 Apr 2012 07:17 PM PDT

PERIKSA...anggota JPJ memeriksa penunggang motosikal, semalam.
PERIKSA...anggota JPJ memeriksa penunggang motosikal, semalam.
BANTU...Mohd Rusdi memakaikan tali pinggang keledar kepada seorang kanak-kanak, semalam.
BANTU...Mohd Rusdi memakaikan tali pinggang keledar kepada seorang kanak-kanak, semalam.

KUALA LUMPUR: Tindakan penunggang motosikal warga asing menghampiri lokasi kempen keselamatan jalan raya umpama 'menjerat diri' apabila tujuh daripada mereka disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana menunggang motosikal tanpa lesen, semalam.

Kempen yang bertujuan memberi kesedaran kepada penunggang motosikal mengenai pentingnya pemakaian topi keledar bertukar sebaliknya disebabkan sikap sambil lewa penunggang terbabit mematuhi peraturan.


Penolong Pegawai Penguatkuasa JPJ Wilayah Persekutuan, Noor Azam Mohamed berkata, daripada jumlah berkenaan enam saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal, manakala satu lagi kepada seorang pemandu kereta.

"Kami mengambil tindakan terhadap warga asing terbabit kerana mereka memandu serta menunggang kenderaan tanpa lesen. Bukan saja menyaman pemandu kenderaan, tetapi pemiliknya berdepan tindakan saman.


"Semua mereka berdepan tindakan mengikut Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tidak memiliki lesen memandu, selain boleh dihukum mengikut Seksyen 90 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tidak memiliki polisi insurans," katanya.


Terdahulu, 10 anggota penguat kuasa JPJ menyertai Kempen Advokasi Khas Keselamatan Jalan Raya kali kelapan anjuran Allianz General Insurance (M) Bhd (Allianz Insurance) dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) di sini, semalam.

Bersempena kempen itu, Allianz menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) menyampaikan sumbangan 50 topi keledar, 20 tempat duduk kanak-kanak, 600 pelekat dan risalah pemanduan berhemah kepada pengguna jalan raya yang menyertai kempen berkenaan.


Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd (AGIC), Zakri Mohd Khir, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Jens Reisch dan Pengarah Bahagian Pelaksanaan Program dan Projek JKJR, Mohd Rusdi Mohd Darus.

Noor Azam berkata, semua kes membabitkan warga asing berkenaan sudah direkodkan selain menunggu masa dua bulan untuk tindakan mahkamah.

Ada motif bunuh

Posted: 30 Apr 2012 07:15 PM PDT

KAWALAN KETAT...Pathmanabhan (tiga dari kanan) bersama tiga pekerjanya dikawal anggota polis selepas perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
KAWALAN KETAT...Pathmanabhan (tiga dari kanan) bersama tiga pekerjanya dikawal anggota polis selepas perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM: "Bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya mempunyai niat bersama apabila membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakan di Banting, dua tahun lalu," kata Hakim Datuk Akhtar Tahir, dalam penghakimannya di akhir pendakwaan kes itu, semalam.

Ketika membacakan penghakiman bertulis selama satu setengah jam, beliau berkata, ada perancangan untuk membunuh Sosilawati dan tiga rakan apabila pekerja Pathmanabhan dilihat memunggah kayu di ladang milik tertuduh pertama itu.

Katanya, Pathmanabhan mempunyai motif untuk membunuh Sosilawati apabila jutawan kosmetik itu bertemunya bagi mempercepatkan tarikh satu cek tertunda bernilai RM3 juta.

Sedangkan katanya, akaun bank milik Pathmanabhan menunjukkan dia tidak memiliki wang sebanyak itu.


"Pada saya, ini adalah motif utama untuk membunuh Sosilawati. Tiga yang lain hanya berada di tempat dan pada masa yang salah. Jadi mereka juga terpaksa dibunuh bagi menutup mulut," katanya yang berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Taruhan baru Bay

Posted: 30 Apr 2012 07:14 PM PDT

DWAYNE dipasangkan dengan Bar dalam filem terbaru mereka.
DWAYNE dipasangkan dengan Bar dalam filem terbaru mereka.

DIA didakwa bertanggungjawab menaikkan nama Rosie Huntington-Whitely sebagai pelakon popular dengan mengambilnya menjayakan filem Transformers 3.

Filem aksi terbaru Michael Bay kali ini, Pain And Gain, pula menampilkan jelitawan mutakhir sebagai pelaris.

  • Foto

    DILAHIRKAN di Israel, setakat ini Bar muncul dalam pelbagai watak besar dan kecil di televisyen.

  • Foto

    BEKAS bintang gusti, Dwayne memasak barbeku sebagai hidangan makan malam untuk kru Bay.

Bay, 47, memilih jelitawan kelahiran Israel, Bar Paly, bagi digandingkan dengan bekas bintang gusti, Dwayne Johnson (The Rock) serta Mark Wahlberg.

Nampaknya pemilihan Bay itu memang memberi kesan besar termasuk di set penggambaran.


Jelitawan berambut perang itu dilihat menjalani penggambaran menaiki kereta bersama Johnson yang kelihatan teruja.


Aktor yang biasanya berwajah serius itu bagaikan tidak mampu mematikan senyumnya ketika memandu di sebelah Bar ketika mereka sama-sama berada di Miami.

Ketika kereta itu bergerak laju, Bar kelihatan melambai-lambaikan tangannya
ke udara.

Selepas babak itu berakhir, Bar kelihatan berkeliaran di set penggambaran dengan berpakaian serba seksi.

Dalam filem Pain And Gain, Bar membawa watak pendatang haram, Sabina Petrescu, yang berangan-angan menjadi Marilyn Monroe.

Filem itu - berdasarkan cerita benar - menampilkan dua aktor sasa yang mendapati mereka terperangkap dalam kejadian culik.

Sasaran culik itu dimainkan bintang Monk, Tony Shalhoub.

Sebelum muncul dalam Pain And Gain, Bar mempamerkan bakatnya dalam filem The Ruins, The Starter Wife dan filem komedi bersama Charlie Sheen, A Glimpse Inside The Mind Of Charles Swan III.

Filem itu dijadual ditayangkan kepada umum tahun lalu.

Bar menjadi popular apabila dipilih Bay menggantikan Megan Fox dalam filem Transformers 3.

Lelaki genius kawal lalu lintas

Posted: 30 Apr 2012 07:12 PM PDT

BERRY di luar sekolah tempat dia bekerja.
BERRY di luar sekolah tempat dia bekerja.

LONDON: Seorang lelaki genius yang memiliki 11 ijazah universiti dan boleh bercakap lima bahasa dengan lancar, bekerja sebagai pengawal lalu lintas di sebuah sekolah.

Dr Bruce Berry adalah antara orang paling pintar di Britain.


Tetapi, selama lima hari seminggu, dia mengayuh basikal sejauh enam setengah kilometer untuk membantu kanak-kanak sekolah menyeberang jalan. Bruce, 70, yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah dengan tesis 425 muka mengenai penulis kelahiran Russia, Andrei Makine, berkata: "Saya gemar berusaha mendapatkan ijazah. Tetapi saya ingin melakukan sesuatu untuk masyarakat. Saya seronok dapat membantu memastikan kanak-kanak selamat ketika pergi dan balik sekolah." Selain PhD, Bruce mempunyai tiga Ijazah Sarjana Muda, tujuh Ijazah Sarjana dan lancar bercakap bahasa Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol dan Russia.

Berry yang masih bujang dan berasal dari Sharlston, West Yorks, mula bekerja sebagai kerani pejabat pos dan belajar ketika mempunyai waktu terluang sebelum menjadi penterjemah.


Bruce menerima gaji sebanyak RM1,000 sebulan untuk mengawal lalu lintas di luar Sekolah Crofton, Wakefield, tempat bapanya pernah mengajar.


"Saya merasakan diri saya sebahagian daripada keluarga di sana," katanya.

Adaptasi teknik dari Thai, China

Posted: 30 Apr 2012 06:58 PM PDT

URUT...selain mencari urat pada bahagian tubuh, juru urut akan memberi penerangan mengenai teknik urutan digunakan.
URUT...selain mencari urat pada bahagian tubuh, juru urut akan memberi penerangan mengenai teknik urutan digunakan.

DI PINTU masuk pusat terapi ini tertera perkataan Selamat Datang ke Maju Therapy Zone. Sebelum anda dibenarkan masuk, seorang gadis akan menulis butiran mengenai penyakit dan rawatan diperlukan. Selepas itu anda akan dibawa menemui tukang urut yang berada di dalam bilik disediakan.

Berbeza dengan kebanyakan pusat terapi dan urut yang menggunakan gadis jelita sebagai pakar terapi, pusat perkhidmatan urut milik Siti Hadijah Abu Bakar, 37, bersama rakan kongsi Hasidi Hassan ini menawarkan tukang urut yang bukan saja berpengalaman dalam bidang urutan tetapi kesemua mereka terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU). Daripada pemilik, penyambut tetamu, kerani dan enam tukang urut, kesemuanya menghadapi masalah cacat penglihatan.

  • Foto

    LELAKI...pelanggan lelaki mendapatkan khidmat urutan daripada tukang urut lelaki.

  • Foto

    TUKANG URUT...sebahagian tukang urut yang berkhidmat di Therapy Zone pulang ke rumah masing-masing selepas tamat waktu bekerja.

Bagi Hadijah, sebagai insan OKU dia memahami kesukaran golongan ini mendapat pekerjaan. Ini kerana masyarakat masih prejudis terhadap OKU sehingga sukar menerima mereka sebagai pekerja.

Dengan niat membantu golongan cacat penglihatan, Hadijah yang tidak dapat melihat sejak dilahirkan membuka Therapy Zone yang terletak di Maju Junction, Kuala Lumpur.


Pada mulanya Hadijah menghadapi kesukaran mendapat kepercayaan masyarakat lantaran pusat urut miliknya tidak mementingkan dekorasi menarik atau menyediakan pakar terapi wanita yang langsing, cantik dan menawan.


"Namun saya sering tekankan kepada pekerja supaya mengurut menggunakan ilmu dengan ikhlas. Lama-kelamaan daripada seorang pelanggan mereka menyebarkan mengenai keistimewaan pusat terapi ini kepada rakan dan keluarga. Ada pelanggan yang hampir dua tahun menjadi pelanggan setia kerana berpuas hati dengan perkhidmatan disediakan," katanya yang memperoleh sijil urutan badan di Akademi China Chongzheng dan menjalani latihan jangka panjang di akademi urutan di Guangzhao, China.

Menurut Hadijah, hampir 90 peratus pelanggan terdiri daripada mereka yang bermasalah. Ada yang datang memberitahu sakit tangan namun setelah dirawat ia berpunca daripada masalah tulang belakang. Jadi tukang urut akan memperbetulkan dulu masalah ini sebelum ke bahagian lain.

Menyedari hakikat setiap orang memerlukan teknik rawatan berbeza, Hadijah bersama rakan kongsinya Hasidi mengadaptasikan teknik urutan seperti urut Thai, tradisional dan teknik tuna yang berasal dari China. Aplikasi teknik akan dibuat dalam irama tertentu untuk mengembali dan menjaga keharmonian badan agar sentiasa seimbang.

"Rekondisi daripada urutan mampu membuatkan pesakit tidur lebih lena, kurang tekanan, wajah lebih berseri, cergas dan sentiasa ceria," katanya.

Tambahnya, banyak manfaat diperoleh daripada rawatan terapi urut. Antaranya membantu untuk melancarkan peredaran darah, meningkatkan daya ketahanan badan, mengurangkan sakit kepala, masalah kencing manis, gout, darah tinggi, tulang belakang, saraf tersepit dan sakit sendi.

Di samping itu, rawatan ini juga mampu meningkatkan kecergasan, kadar metabolisme dan mengurangkan lenguh badan.

Selain mementingkan kualiti, setiap tukang urut dilatih dalam bidang urutan dan mempunyai pengalaman yang luas. Mereka juga sangat berdisiplin dan bekerja bermula jam 10 pagi hingga 8 malam setiap hari.

"Oleh kerana kebanyakan mereka berasal dari luar Kuala Lumpur jadi saya memberi cuti yang panjang pada satu-satu masa misalnya dua minggu bagi membolehkan mereka bertemu keluarga. Pada masa sama, saya tidak menghadapi masalah pekerja yang kerap bercuti," katanya.

Bagi Hadijah, mengambil semua tukang urut cacat penglihatan membantu meningkatkan taraf hidup mereka. Jika sebelum ini mereka menjalankan urut sambilan dengan berkunjung ke pusat beli-belah atau pergi ke pejabat tetapi dengan memiliki kerjaya tetap, kehidupan golongan ini lebih terjamin dan mampu menyara keluarga.

Sebagai majikan yang turut tergolong dalam OKU, Hadijah mengakui dia lebih memahami perasaan orang cacat penglihatan serta mengetahui cara meningkatkan semangat mereka sekiranya ada yang tertekan atau menghadapi masalah.

OKU sama seperti orang lain mempunyai hati dan perasaan malah adakala mereka menjadi lebih sensitif dan memerlukan sokongan moral daripada orang sekeliling.

Ini kerana mereka sering dianggap sebagai golongan yang suka meminta-minta dan mengharapkan simpati orang ramai. Menerusi kemahiran mengurut yang diperoleh daripada latihan dan pengalaman, ia dapat membentuk jati diri supaya lebih berkeyakinan sekali gus membuktikan kepada masyarakat golongan ini turut menyumbang kepada ekonomi negara.

Akibat kurangnya keyakinan diri dan persepsi masyarakat, rata-rata golongan ini bergaul dengan mereka yang senasib saja. Sebagai majikan setakat ini Hadijah tidak mempunyai sebarang masalah dengan pekerja kerana golongan ini sama ada lelaki atau perempuan sangat komited dan bekerja dengan bersungguh-sungguh.

Bagi mereka, setiap kudrat dan tenaga harus disumbangkan dengan jujur dan ikhlas setimpal dengan ganjaran yang diterima.

Pusat urut milik Hadijah yang dibuka pada 2004 menyediakan dua bilik rawatan untuk lelaki dan wanita dengan dua katil disediakan. Oleh kerana ruang terhad, Hadijah menasihati pelanggan supaya membuat temu janji terlebih dulu bagi mengelak mereka menunggu lama.

"Kami amat mengutamakan keselesaan pelanggan ketika rawatan. Oleh itu, pelanggan dinasihatkan membuat temu janji sama ada secara dalam talian atau menelefon supaya tidak perlu menunggu lama," katanya yang memberitahu kebanyakan pelanggan dari seluruh Malaysia termasuk Brunei, Dubai dan Singapura.

Tukang urut Kamariah Mat Rohim, 28, yang sudah empat tahun bekerja di Therapy Zone mengakui gembira kerana dapat menabur bakti kepada orang ramai. Dia yang berasal dari Terengganu sebelum ini bekerja di Pusat Latihan Temerloh, Pahang, kemudian diambil Hadijah dalam sesi temu duga yang diadakan di Pahang.

"Saya gembira bekerja di sini kerana memperoleh pendapatan tetap setiap bulan.
Dengan wang ini saya dapat membantu keluarga di kampung," katanya yang cacat penglihatan sejak lahir.

Tambahnya, bertugas sebagai tukang urut buta dia hanya perlu menjalankan tugas dengan penuh ikhlas bagi meredakan kesakitan pelanggan.

"Keistimewaan golongan seperti kami, pelanggan tidak perlu merasa malu kerana kami tidak dapat melihat. Ada juga yang prejudis ketika kali pertama bertemu.
Namun selepas kesakitan mereka berkurangan, ada yang mengucapkan terima kasih dan datang lagi mendapatkan rawatan.

"Melihat pelanggan gembira memberi kepuasan kepada saya. Kami tidak ubah seperti doktor tidak bertauliah yang memberikan rawatan bagi menyembuhkan pesakit," katanya yang menetap di Brickfields bersama kawan-kawan.

Muhd Azeman Abd Talib, 39, yang menjadi tukang urut sejak dua tahun lalu mengakui selesa bekerja di sini kerana memperoleh banyak pengalaman dan pendapatan tetap bergantung kepada jumlah komisen. Selain itu, persekitaran dan kawan-kawan sangat membantu memberikan rasa semangat serta keseronokan bekerja.

Dia yang sebelum ini menjadi tukang urut sambilan di Sungei Wang dan Brickfields memberitahu kelainan di pusat terapi ini adalah daripada segi rawatan.

"Setiap urutan tidak menggunakan minyak seperti yang pernah dilakukan sebelum ini. Hanya mencari bahagian yang sakit dan saya mengurut sehingga pelanggan selesa. Kepuasannya apabila pelanggan berpuas hati dengan teknik rawatan dan membuat temujanji seterusnya," katanya yang tinggal di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Walaupun terpaksa berulang-alik dari rumah ke tempat kerja, itu tidak menjadi masalah kerana sudah biasa menaiki kenderaan awam.

Bagi pelanggan setia, Hairizan Hamzah sejak setahun lalu dia mendapatkan rawatan urut badan di pusat Therapy Zone, Maju Junction sekadar ingin mencuba.

Namun selepas kali pertama, dia berasa selesa dan secara berterusan menjalankan urut badan setiap bulan. Dia yang sebelum ini membuat urut badan secara tradisional mengakui walaupun diurut tukang urut buta namun perkhidmatan diberikan sangat berkualiti dan memuaskan.

"Saya memang ingin mencari tukang urut berpengalaman. Ini kerana mereka lebih mahir mengenai setiap inci tubuh dan mampu mengurangkan kelegaan selepas seharian bekerja di pejabat," katanya.

Hasilnya dengan urutan setiap bulan, badan berasa lebih ringan, kurang sakit kepala dan lebih mudah bangun pagi. Malah ia sangat sesuai bagi wanita yang sering menghadapi masalah angin kerana ia mampu mengurangkannya.

"Sebelum ini saya selalu penat, sakit bahu dan belakang badan kerana duduk terlalu lama tetapi selepas menjalani sesi urutan selama beberapa bulan, lama-kelamaan masalah yang saya alami semakin berkurangan.

"Selain itu teknik urutan yang tidak menggunakan minyak memudahkan saya untuk bekerja semula. Mereka juga memberi penerangan mengenai setiap teknik digunakan serta masalah dihadapi pelanggan. Harga ditawarkan juga murah untuk satu jam hanya RM45 saja," katanya yang turut membawa rakan-rakan bersama.

PPZ-MAIWP anjur kuiz silang kata

Posted: 30 Apr 2012 06:57 PM PDT


BAHAROM (tiga dari kiri) bersalam dengan Rais sambil disaksikan (dari kiri) Jamal, Daud dan Putri Nazira pada majlis Prapelancaran Kuiz Silang Kata PPZ-MAIWP di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama akhbar Kosmo! akan menganjurkan Kuiz Silang Kata Bersiri PPZ-MAIWP bertemakan 'Zakat Harta' bermula pada 4 Mei hingga 22 Jun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Mohd. Rais Alias berkata, kuiz itu menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM10,000 dengan hadiah tempat pertama berupa pakej umrah untuk seorang bernilai RM6,000 tajaan Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia).

Hadiah tempat kedua dan tempat ketiga pula berupa baucar percutian tajaan Rakyat Travel Sdn. Bhd. (Rakyat Travel) dan Poto Travel & Tours (Poto Travel & Tour) Sdn. Bhd. yang masing-masing bernilai RM3,000 dan RM2,000.

Menurutnya, kuiz sebanyak lapan siri itu akan dipapar dalam akhbar Kosmo! pada setiap hari Jumaat sepanjang tempoh peraduan itu berlangsung.

"Teka silang kata pada setiap siri akan mengandungi sebanyak 20 soalan yang berkisar mengenai zakat harta dan ia perlu dijawab dengan betul oleh pembaca.

"Semua jawapan kuiz dari Siri 1 hingga Siri 8 hendaklah dikumpul dan dihantar sebelum tarikh tutup penyertaan iaitu pada 15 Julai depan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Prapelancaran Kuiz Silang Kata Bersiri PPZ-MAIWP di sini semalam.

Pemuda maut tertimbus tanah

Posted: 30 Apr 2012 06:56 PM PDT


ANGGOTA bomba mengusung mayat Mohd. Amri selepas tertimbus tanah runtuh bersama jengkaut di Marang, Terengganu semalam.


MARANG – Seorang lelaki tidak sempat menghabiskan kerjanya apabila dia maut selepas tertimbus bersama jengkaut yang digunakan untuk mengorek tanah dalam kejadian di Bukit Kolah, Kampung Undang di sini semalam.

Kejadian pukul 5.15 petang itu mengakibatkan Mohd. Amri Sidek, 26, meninggal dunia selepas tanah bukit yang sedang dikoreknya tiba-tiba runtuh lalu menimpanya dan jengkaut tersebut.

Rakan mangsa, Abdul Hadi Yaakob, 51, memberitahu, kira-kira lima minit sebelum kejadian dia yang memandu lori menuju ke atas bukit tempat mangsa mengorek tanah masih nampak jengkaut dipandu mangsa bergerak.

"Tetapi apabila saya sampai atas bukit ini, saya terkejut nampak jengkaut dipandu mangsa tertimbus.

"Bimbang perkara buruk berlaku, kami terus mendapatkan bantuan," ceritanya.

4 tertuduh diarah bela diri

Posted: 30 Apr 2012 06:55 PM PDT


N. PATHMANABHAN (berkaca mata) bersama tiga lagi tertuduh diiringi polis keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor semalam.


SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini semalam mengarahkan bekas peguam, N. Pathmanabhan membela diri atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dua tahun lalu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mengemukakan kes prima facie.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan tersebut selepas mendapati Pathmanabhan mempunyai motif untuk berbuat demikian kerana dia gagal mempercepatkan bayaran cek bernilai RM3 juta kepada mangsa dari 9 September kepada 30 Ogos 2010.

Selain Pathmanabhan, 43, Akhtar turut membuat keputusan yang sama terhadap tiga pekerja ladang iaitu T. Thilaiyangan, 21; R. Matan, 22, dan R. Kathavarayan, 32, yang dituduh bersama-sama majikan mereka membunuh kesemua mangsa.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan berdepan hukuman mati mandatori.

Semua tertuduh didakwa membunuh Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38, di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam 30 Ogos 2010 iaitu pada hari ke-20 Ramadan.

Dalam penghakiman yang dibaca selama hampir sejam itu, Akhtar berkata, mahkamah hanya perlu membuktikan kehadiran semua mangsa ke ladang tersebut pada waktu kejadian serta niat bersama tertuduh untuk membunuh.

Suami rayu isteri hamil tujuh bulan pulang

Posted: 30 Apr 2012 06:54 PM PDT


WEY KWANG menunjukkan gambar isterinya, Sow Kuan pada sidang akhbar di Wisma MCA, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang pekerja bahagian teknikal sebuah kilang di Singapura merayu isterinya yang kini sedang mengandung tujuh bulan kembali ke pangkuannya selepas menghilangkan diri 5 Mac lalu.

Pang Wey Kwang, 38, mendakwa, isterinya, Ng Sow Kuan, 40, yang berasal dari Rawang tidak pulang ke rumah mereka di Singapura selepas keluar rumah kononnya untuk menziarahi rakan di Indonesia.

"Dia menelefon saya beritahu hendak melawat rakannya di Indonesia ketika saya sedang bekerja dan akan pulang selepas beberapa hari.

"Namun, selepas lima hari menunggu, dia tidak pulang dan gagal dihubungi. Saya dapati dia membawa bersama barangan kemas dan dokumen penting," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.

63 pelajar kaki ponteng ditahan

Posted: 30 Apr 2012 06:53 PM PDT


SEBAHAGIAN daripada pelajar yang ditahan dalam operasi gerak gempur basmi pelajar ponteng sekolah peringkat negeri Terengganu diberikan kaunseling oleh seorang pegawai JHEAT di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Seramai 63 pelajar diberkas dalam operasi gerak gempur basmi pelajar ponteng sekolah peringkat negeri Terengganu yang dilancarkan semalam.

Operasi yang bermula pukul 8 pagi dan berakhir pukul 12 tengah hari itu mendapat kerjasama daripada Pejabat Pendidikan Daerah, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Zakaria Hussin berkata, kesemua pelajar yang ditahan diberikan sesi kaunseling sebagai peringatan sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing.

"Kita telah memberi mandat kepada pihak sekolah untuk mengambil tindakan disiplin ke atas pelajar terlibat sama ada dikenakan tindakan tatatertib ataupun digantung persekolahan bagi menyedarkan pelajar terlibat," katanya selepas tamat operasi tersebut di sini semalam.

Diri sebenar Puteri Gambus Bongawan

Posted: 30 Apr 2012 06:52 PM PDT



GILAKAN KAMU pasti menyimpan interpretasi ironi bagi Fauziah Suhaili, 23, atau cukup dikenali dengan jolokan Fauziah Gambus. 'Kamu' itu boleh merujuk kepada seseorang individu malah tidak salah juga dikatakan makna itu ditujukan khas buat aliran muzik yang dibawanya sejak berkecimpung dalam arena seni.

Gilakan Kamu sebenarnya judul single terbaharu Fauziah untuk album keduanya yang kini dalam proses pembikinan. Kata Fauziah, lagu yang dia cipta sepenuhnya itu sedikit berbeza daripada lagu-lagunya sebelum ini.

"Kita perlu ikuti citarasa pendengar dan peminat muzik sekarang, ikut resmi ikan di laut, biar air itu masin isinya tetap tidak berubah. Justeru, saya ciptakan lagu berentak pop rock yang disulami petikan gambus ini sekadar mengikut kehendak pendengar dan peminat yang sentiasa mahukan kelainan daripada saya," ujarnya yang mengakui dia masih bereksperimentasi dalam karya-karyanya.

Lima tahun bermandikan irama tradisional, maklum balas yang kurang enak daripada peminat yang rata-ratanya mahukan kelainan menyebabkan Fauziah mengambil langkah mencuba aliran muzik berbeza.

Sebelum ini, Fauziah pernah muncul bersama album berjudul Fauziah Gambus pada tahun 2007 yang mengandungi sembilan buah lagu. Malangnya, album itu hanya dipasarkan di kepulauan Borneo dan cuma berjaya memasuki pasaran negara Brunei.

Pertemuan dengan pemain gambus wanita kelahiran Bongawan, Sabah di Butik Sinar Sutera, Puchong, Selangor baru-baru ini bagaikan tidak puas, seolah-olah banyak cerita yang ingin dikongsikan bersama Kosmo!.

Jadi lelaki

Nada berseloroh tapi serius, Fauziah menceritakan kembali bagaimana dia boleh ketagih bermain alat muzik dari negara Timur Tengah itu.


FAUZIAH mengaku tidak pandai berfesyen, namun dia akan memastikan setiap pakaian yang dipakai tidak terlalu menjolok mata.


"Sejak kecil lagi saya minat bermain gambus tapi datuk saudara saya (Ismail Matusin) melarang keras, katanya gambus hanya untuk budak lelaki!

"Tapi setiap kali dia tidur, saya akan curi-curi mencuba bermain gambus sendirian tanpa bimbingan.

"Sifu saya adalah memori saya melihat datuk bermain gambus, sehinggalah saya meyakinkan diri menyertai pertandingan bermain gambus ketika berusia 13 tahun dengan memakai baju melayu dan menyamar menggunakan nama Fauzi," singkap Fauziah bersemangat.

Selepas memenangi pertandingan yang hanya disertai oleh peserta lelaki sahaja itu, perspektifnya semakin berkembang. Dia menjadi lebih fokus untuk mendalami keunikan gambus.

Bercerita lebih terperinci mengenai alat muzik yang sering mengalunkan lagu ghazal itu, kata Fauziah, pada mulanya dia berhadapan dengan kesukaran untuk bermain gambus.

"Gambus tidak ada fret seperti gitar, jadi bermain gambus perlukan pendengaran yang tajam. Pemain perlu mencari bunyi dengan memetik talinya. Jika tersalah petik sumbang bunyinya," tambah Fauziah.

Selain alat muzik gambus, Fauziah juga mampu bermain drum, gitar dan akordian sejak menuntut ilmu dalam diploma seni muzik modul persembahan di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (Aswara) selama empat tahun.

Mengimpal besi


SELAIN gambus, Fauziah juga cekap bermain instrumen lain seperti akordian dan drum.


Pernah memakai baju Melayu dan membawakan lagu ghazal, Fauziah sentiasa manis dengan imej sopan.

Hal itu diakui sendiri oleh Fauziah yang bermula dengan imej wanita Melayu dan seringkali mengenakan kebaya ketika membuat persembahan menyanyi sambil bermain gambus.

"Saya ikut arus pemodenan dan genre muzik yang saya persembahkan, kalau lagu rock saya perlu sesuaikan pakaian saya dengan genre lagu itu.

"Tapi saya akan pastikan pakaian saya tidak terlampau seksi. Saya masih belajar dan perlahan-lahan akan cuba menyesuaikan diri," kata si gadis yang dahulunya tidak pandai berfesyen apatah lagi berjalan dengan sopan.

Dahulunya, Fauziah seorang gadis yang sederhana. Bukan taksub berfesyen apatah lagi menduga status dirinya yang kini bergelar artis.

"Saya dulu 'ganas' orangnya, selalu apabila ada masa terluang saya akan mengikut bapa saya membaiki atap rumah orang atau mencuci kenderaan.

"Kadang-kadang saya akan mengimpal besi dan hasilkan pintu pagar besi untuk rumah jiran-jiran saya di Sabah. Pendek kata, saya bukan gadis yang stereotaip," kata anak kedua daripada lima beradik itu.

Malah, dia juga memiliki hobi menunggang motosikal berkuasa tinggi. Buktinya, Fauziah mempunyai sebuah motosikal Yamaha TZM 150 berwarna putih yang sering dibawanya bersiar-siar mahupun menghadiri kuliah jika terlambat.

Kareena tolak tawaran Karan

Posted: 30 Apr 2012 06:52 PM PDT


KAREENA KAPOOR telah menolak untuk berlakon dalam sebuah filem baharu yang bakal menggandingkan dia dengan Emraan Hashmi.


Penerbit terkenal, Ekta Kapoor dan pengarah tersohor Bollywood, Karan Johar dilaporkan mahu mendapatkan Kareena Kapoor untuk menjadi heroin sebuah filem baharu.

Filem yang bakal diarahkan oleh seorang pengarah baharu itu menampilkan aktor Emraan Hashmi untuk watak hero. Namun, Kareena dikatakan telah menolak tawaran tersebut.

Kareena sebelum ini diketahui umum merupakan sahabat Karan dan dia tidak pernah berkata tidak kepada sebarang tawaran pengarah filem pecah panggung, Kuch Kuch Hota Hai itu.

Menurut IANS, Kareena yang baru selesai menjalani penggambaran filem Heroine mengakui menolak tawaran untuk membintangi filem terbitan bersama Karan dan Ekta itu pada minggu lepas.

Namun, tersebar spekulasi mengatakan Kareena menolak tawaran berlakon filem itu kerana enggan bergandingan dengan Emraan yang terkenal dengan watak- watak lakonannya yang sering terbabit dalam adegan panas menerusi filem-filem lakonannya.

Aura Upin & Ipin The Musical

Posted: 30 Apr 2012 06:51 PM PDT


UPIN & IPIN THE MUSICAL akan dipentaskan di Istana Budaya sehingga 7 Mei ini.


BUAT pertama kalinya dipaparkan dalam bentuk hidup di pentas Istana Budaya menerusi karya teater muzikal Upin & Ipin The Musical, karakter animasi Upin & Ipin nyata sukses dalam memberikan impaknya yang tersendiri.

Bermula dengan sebuah animasi dalam bentuk tiga dimensi (3D) sehinggalah kemunculan di layar perak, nama dua adik-beradik kembar Upin dan Ipin kini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi.

Bukan sahaja dalam industri hiburan tempatan, malah karakter animasi tersebut turut memberi fenomena kepada negara luar seperti Indonesia, Brunei, Singapura, Filipina dan Thailand.

Diterbitkan bersama Les Copaque Sdn. Bhd. dan CTRA Production, Upin & Ipin The Musical bermula dengan kisah Puteri Cinonit yang berasal dari dunia lain yang mana dia tidak pernah menikmati perasaan gembira. Apabila melihat dan bertanya kepada cermin sakti mengenai kegembiraan, Upin & Ipin telah menjadi jawapan kepada persoalan Puteri Cinonit itu.

Mengulas mengenai Upin & Ipin The Musical, tidak dinafikan teater tersebut sememangnya ditujukan khusus buat golongan kanak-kanak yang meminati siri animasi yang cukup terkenal itu. Permulaan cerita yang agak perlahan memberi sedikit rasa bosan namun tarian dan nyanyian sepanjang teater berlangsung, kemudian berjaya menaikkan aura dan tenaga pementasan ini.

Apa yang pasti, pementasan muzikal ini dilihat membuka ruang kepada kanak-kanak untuk mencungkil bakat di pentas teater yang sememangnya bukan suatu perkara mudah. Tenaga dan bakat yang diberikan oleh mereka sangat luar biasa dan mengagumkan audiens.

Walaupun mungkin karakter Upin & Ipin versi teater tidak banyak persamaan dari segi rupa dan suara kerana bukan dilakonkan pelakon kembar, namun lakonan yang ditampilkan berjaya mengusik dan membuat penonton kanak-kanak yang hadir teruja serta bersorak gembira kerana dapat menyaksikan idola mereka di depan mata.

Menolak faktor sebagai hiburan semata-mata, teater tersebut juga sebenarnya secara tidak langsung banyak memberi tunjuk ajar dan teladan yang baik kepada anak-anak kecil seperti erti setia kawan, tolong menolong serta menghormati orang lain.

Permainan tradisional seperti Jan Jan Jalok dan Pukul Berapa Datuk Harimau juga ada diselitkan dalam teater ini. Ia bukan sahaja mampu mengembalikan nostalgia golongan dewasa ketika kecil dahulu, malah dilihat sebagai proses pembelajaran bagi kanak-kanak yang semakin moden dan hampir tidak mengenal bentuk permainan tradisional.

Pujian harus diberikan kepada pengarah muzik, Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah yang telah berjaya menyerikan pementasan tersebut dengan lagu-lagu yang ceria dan 'hidup'.

Tidak kurang juga, set pentas Upin & Ipin The Musical diakui sangat menarik dan telah menyuntik mood yang berbeza setiap kali bertukar babak bertukar. Koreografi yang dipersembahkan pula sangat kreatif dan bertenaga hasil kreativiti koreografer, A. Aris Kadir.

Apa yang pasti, kanak-kanak yang menonton pementasan tersebut pasti pulang dengan hati yang gembira kerana dapat bertemu dan melihat idola Upin & Ipin serta rakan-rakan yang lain beraksi secara langsung.

Upin & Ipin The Musical masih lagi dipentaskan sehingga 7 Mei ini di Istana Budaya pada pukul 8.30 malam dan 3 petang.

Tiket dijual pada harga bermula RM33 hingga RM453 dan sebarang maklumat lanjut sila hubungi 03-6186 6592.

Kumpulan One Direction dapat RM49.3 juta

Posted: 30 Apr 2012 06:51 PM PDT


ANGGOTA-ANGGOTA kumpulan One Direction terdiri daripada Horan (kiri) yang berdiri di sebelah Zayn, Styles, Payne dan Tomlinson.


LONDON - Penerbit program pertandingan nyanyian The X Factor, Simon Cowell menyerahkan sebanyak AS$16.3 juta (RM49.3 juta) kepada kumpulan terkenal Britain, One Direction, lapor akhbar Now Daily kelmarin.

Wang itu diberikan tujuh bulan selepas lagu pertama kumpulan pop itu, What Makes You Beautiful diterbitkan.

Kumpulan One Direction dari Britain dianggotai Zayn Malik, 19, Louis Tomlinson, 20, Harry Styles, 18, Niall Horan, 18, dan Liam Payne, 18.

Mereka bakal memperoleh AS$3.25 juta (RM9.83 juta) setiap seorang.

"Cowell mahu mereka tahu apa yang mereka patut peroleh. Mereka menghasilkan satu kejayaan yang besar, apa yang dilakukan mereka adalah luar biasa," kata satu sumber.

One Direction menduduki No.1 carta Billboard 200 di Amerika Syarikat menerusi album Up All Night.

Bond jalani penggambaran di Turki

Posted: 30 Apr 2012 06:50 PM PDT


CRAIG menghadiri majlis sidang akhbar filem terbaharu James Bond di Istana Ciragan, Istanbul kelmarin.


ISTANBUL - Pengarah yang memenangi Anugerah Oscar, Sam Mendes menyatakan dia tidak akan mengarahkan filem terbaharu James Bond, Skyfall jika Daniel Craig enggan membintangi watak utama sebagai ejen 007.

Menurutnya, Craig mampu membawa watak Bond itu dengan baik.

Watak perisik Britain itu adalah berdasarkan novel yang dihasilkan Ian Fleming pada tahun 1953.

"Apa yang dihasilkan oleh Fleming ialah watak yang amat rumit.

"Sebahagian daripada perlakuan watak itu telah dilakukan dalam filem ini kerana Craig sebagai aktor mampu melakukannya," kata Mendes yang juga berasal dari Britain di sini kelmarin.

Mendes yang memenangi Oscar menerusi filem American Beauty pada tahun 1999.

Filem terbaharu Bond itu menjalani penggambaran di Turki.

Craig, 44, pernah melakonkan ejen perisik British itu menerusi dua buah filem, Casino Royale dan Quantum of Solace.

Menurut aktor itu, filem terbaharu Bond itu mempunyai 'banyak' adegan asmara.

Dia berkata, filem berkenaan juga menampilkan perisik tersebut yang mengandungi banyak unsur menggelikan hati.

Filem berkenaan turut dilakonkan oleh Ralph Fiennes sebagai ejen Bond.

Aktor Javier Bardem memegang watak sebagai penjahat Silva.

Filem tersebut menjalani penggambaran di sini dan beberapa bandar Turki lain.

Aktres Perancis, Berenice Marlohe and Naomie Harris dari Britain turut berlakon dalam filem itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved